Friday, 27 May 2011

KONSEP HALAL

 Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia,
             UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.
            Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanan daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam. Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah:

  1. Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.
  2. Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat  pengiktirafan halal oleh JAKIM.
  3. Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat  untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.
  4. Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.
  5. Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.
  6. Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.

Jika semua konsep asas ini dapat dijelaskan dengan sempurna kepada masyarakat bukan Islam, nescaya tidak akan berlakunya masalah dan kes sosej yang diproses dengan usus khinzir dan kes-kes yang lain. Atas dasar ini, beberapa langkah efektif perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan untuk memastikan masyarakat bukan Islam memahami dengan jelas apa sebenarnya konsep halal-haram pemakanan dalam Islam. Risalah-risalah perlu diedarkan kepada peniaga bukan Islam untuk memberi kefahaman sepernuhnya kepada mereka agar menyedarkan mereka tentang konsep pemakanan halal dalam Islam. Begitu juga, seminar tentang konsep halal-haram pemakanan menurut Islam perlu dijalankan kepada wakil setiap peniaga restoran dan syarikat pemprosesan makanan di setiap negeri.
Selain itu, pemantaun yang lebih bagi memastikan logo halal yang digunakan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cadangan logo halal berkonsepkan hologram perlu dipraktikkan dengan serius.Ini kerana dengan cara ini peniaga yang ingin mengaut keuntungan lebih tidak dapat meniru logo halal keluaran JAKIM.
Peniaga yang mendapat kelulusan halal bagi restoran atau bahan makanan keluaran mereka perlu diberi kad kelulusan bercip bagi memudahkan pihak JAKIM melakukan pemeriksaan pada masa akan datang. Kad bercip itu akan mengandungi segala maklumat seperti bahan makanan serta ramuan yang disediakan oleh syarikat atau peniaga tersebut begitu juga dengan kaedah pemprosesan bahan makanan keluaran mereka.
Secara ringkasnya, kita inginkan sebuah Negara Islam Malaysia yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan negara tetapi juga maju dari segi nilai moral dan etika insan yang berusaha untuk memajukannya.Ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang sering dikatakan oleh kerajaan iaitu maju dari segi pembangunan seiring dengan kemajuan sahsiah diri masyarakatnya. Perlu diingat bahawa usaha menyedarkan konsep halal perlu diperluaskan lagi skopnya bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kita selaku masyarakat Islam perlu memperjelaskan isu halal ini kepada masyarakat bukan Islam.
Masyarakat yang maju adalah yang maju dari semua segi bukan sahaja dari segi pembangunan material sahaja tetapi dari segi kemajuan insani yang jitu dan mapan. Atas dasar itulah pemakanan yang sempurna dan halal mengikut kehendak syarak membawa kepada keutuhan iman dan kegemilangan sesebuah bangsa itu.

Wednesday, 25 May 2011

LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR

Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud…….
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'?
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;……..”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud……
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”.
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud….
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang bermaksud…….
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;………`Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu'.
Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu………………………….

Tazkirah Masa


“Assalamualaikum!” saya menghantar pesan.
“Waalaikum al-Salaam ustaz,” jawab dia.
“Tahniah!” saya menyambung pesan.
“Kenapa ustaz?” soalnya kehairanan.
“Tahun ini kome semua sudah 20 tahun!” saya ketawa.
Sambil meraba-raba kepala yang mula berkurang rambutnya.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]
Cepatnya masa berlalu… Subhanallah!

Mengingati Mati!!

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara." 

Huraiannya 

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini. 

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit. 

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar? 

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian. 

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah... 

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati 

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri. 

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak. 

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT. 

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat. 

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. 

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian? 

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. 

Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah. 

Hati menjadi keras 

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu ‘Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar. 

Ihsan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib). 

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu. 

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam. 

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.” 

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w. 

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka. 

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim. 

Penyelesaian masalah 

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali: 

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik. 

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya. 

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu. 

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya. 

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia. 

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat. 

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja. 

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi. 

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun. 

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT. 

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:
“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:
“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.”

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”

Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

Wednesday, 11 May 2011

Mahasiswa & Hedonisme

·         Muzik & lagu,
·         Konsert & artis,
·         Permainan berkomputer & Playstation,
·         Friendster & Facebook,
·         Video & DVD,
·         Majalah & blog hiburan,
·         MP3 & Youtube,
·         Pesta & keramaian,
dan pelbagai lagi perkara seumpamanya.

Semuanya nampak ‘familiar’ bukan? Majoriti daripada mahasiswa berada dalam usia remaja, semua yang disenaraikan di atas seakan sinonim dengan kita semua. Malah senarai seumpamanya mungkin lebih panjang. Cuba perhatikan, apa ciri-ciri yang tersurat dan tersirat dari senarai di atas. Hiburan, ‘entertainment’, santai dan sebagainya adalah nama yang diletakkan untuk menyatakan perilaku di atas. Namun kesemua di atas boleh dirangkumi dalam kelompok sosial yang dipanggil ‘hedonisme’.

‘Hedonisme’ - Apakah dia sebenarnya.

Kamus Dewan mendefinisikan hedonisme sebagai ‘pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan kesenangan hidup’. Secara umumnya, hedonisme adalah ‘pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup’. Sebagaimana ‘isme-isme’ yang lain seperti sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain, ‘isme’ itu menggambarkan pegangan dan cara hidup. Mereka yang terjebak dengan hedonisme mengikat diri mereka dengan hiburan sebaik celik mata hinggalah menutup mata.

Kita semua menyedari bahawa Islam itu syumul, lengkap dan menyeluruh. Islam tidak hanya ditafsirkan dari sudut ibadah dan ritual semata-mata. Islam itu Ad-Deen. Islam itu sebagai cara hidup. Lengkap dari pelbagai sudut dan aspek. Sebagai seorang Islam, mengapa harus menerima pakai ‘isme-isme’ yang lain.

Bagi mereka yang cenderung kepada hedonisme, hidupnya diwarnai dengan hiburan. Pagi beralih ke tengah hari, senja menyongsong petang, malam semakin pekat - hiburan demi hiburan menjadi peneman. Dari tv, radio, perisian komputer, aplikasi internet hinggalah ke buku dan majalah, semuanya berbaur hiburan. Sebagai seorang Islam, apatah lagi berada dalam status sebagai mahasiswa yang berpengetahuan, tidak sukar untuk membezakan yang mana yang dinisbatkan sebagai hedonisme dan mana yang tidak.

Diakui, lahiriah manusia amat gemar kepada hiburan dan perayaan. Menjadi norma setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai perayaan-perayaannya yang tersendiri. Lazimnya perayaan ini diiringi dengan pesta dan keramaian. Pelbagai jenis hiburan dipertontonkan. Tataan tarian, nyanyian dan iringan muzik dipersembahkan. Malah ada sesetengahnya yang melangkaui lebih jauh dari itu. Tidak cukup dengan halwa lidah dan halwa telinga, nafsu para hadirin dijamu dengan tubuh dan badan. Na ‘au’zubillah.
Berbeza dengan Islam, Allah Ta’ala mensyariatkan agar umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Perayaan-perayaan ini mempunyai hikmah dan pengertian yang tersendiri selaras dengan tuntutan agama dan bukannya menurut hawa nafsu. Malah di dalam buku-buku yang menerangkan tentang hukum fekah, jelas diterangkan jenis hiburan dan jenis alat muzik yang dibenarkan dalam Islam. Ini jelas menunjukkan betapa agama Islam turut memberikan ruang dan peluang untuk para penganutnya berhibur asalkan tidak ‘lagha’ (lalai) dan bertentangan dengan hukum syarak.

Hedonisme - Jarum Terhalus Zionis

Menyorot semula sejarah permulaan keruntuhan moral masyarakat moden, titik hitamnya bermula dengan wujudnya Protokol Zionis. Kata sepakat dicapai oleh cendekiawan dan pemikir bangsa Yahudi dalam Kongres yang dipengerusikan oleh Theodor Hertzl. Kongres ini berlangsung di Basel, Switzerland pada 1897. Selama lebih dari 113 tahun lamanya, bangsa Yahudi melaksanakan kesemua 24 protokol yang turut dikenali sebagai ‘The Protocols of Learned Elders of Zion’ dengan perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setiap protokol mempunyai pelan khusus pelaksanaannya yang hanya diketahui oleh orang-orang yang menganggotai Freemason dan Iluminati. Kedua-duanya adalah organisasi hitam yang menjadi hujung tombak golongan Zionis.

Lalu apa kaitannya antara Protokol Yahudi dengan hedonisme? Penerangan tentang Protokol Kesepuluh dapat memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Ia dicatatkan antaranya sebagai berikut:-

‘Pemikiran liberalisme akan ditanam dalam minda pemimpinnegara-negara bukan Yahudi. Akibatnya kestabilan politik menjadi goyang dan pilihanraya dapat diatur. Kemenangan akan disusun agar pemimpin-pemimpin yang cenderung kepada Zionis akan beroleh kemenangan. Maka semua perancangan Yahudi akan dapat dilaksanakan olehnya’.

Protokol kesepuluh, telah diterjemahkan pelaksanaannya dan didakwa oleh sesetengah pihak sebagai elemen-elemen yang menyokong dan melicinkan penyerapan doktrin hedonisme dalam masyarakat. Terdapat lapan perkara yang diterapkan agar menjadi budaya dalam kalangan orang-orang bukan Yahudi. Lapan perkara ini diakronimkan dengan ‘4S & 4F’. Song, seks, smoke (rokok) dan sport dikelompok dalam 4S manakala fun (hiburan)’, female (perempuan), fashion, dan food. Semuanya ditujukan khusus untuk anak-anak muda dan remaja yang menjadi generasi pelapis umat. Hasil dari peranan media massa yang dikuasai oleh golongan Zionis ini maka kesemua perkara ini seolah-olah menjadi budaya moden di seluruh dunia. Kemajuan sesebuah masyarakat diukur dari segi keterbukaan masyarakat menerima dan mengasimilisasikan kesemua 4S & 4F ini.

Mungkin pada mata kasar mahasiswa sekalian, 4S & 4F ini adalah perkara biasa yang telah menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia. Ia telah bertapak bertahun-tahun lamanya dalam masyarakat Malaysia. Maka, mungkin timbul pertanyaan di hati kita

·         4S & 4F, takkan tak biasa kot?”
·         “Patutkah kita meminggirkannya?”
·         ”Bukankah ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kita?” 
Jika persoalan-persoalan ini timbul difikiran kita, maka percayalah bahawa matlamat Protokol Kesepuluh ini telah mengakar umbi dalam kehidupan kita tanpa disedari. Cuba kita bayangkan anak-anak muda Islam hanyut dalam dunia hiburan. Tidak cukup penyanyi dan pemuzik dipuja-puja, ramai pula yang berangan-angan dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya. Lagu-lagu digubah untuk menaikkan nama dan imej.

Pelbagai fesyen direka agar kelihatan lain dari yang lain. Rokok sentiasa tersepit di bibir atau dikepit di jari. Promosi-promosi pun berlangsung agar ia menjadi ikutan. Cerita-cerita panas tentang hubungan cinta berlandaskan nafsu dan berbentuk zina dihebohkan. Masing-masing merelakan diri menjadi bahan gossip. Bercinta pun heboh, berkahwin biar lebih ‘glamour’ dari yang lain dan bercerai-berai biar lagi kecoh. Lebih panas lebih hebat. Wartawan-wartawan diupah untuk memanaskan keadaan. Untuk tidak nampak ketinggalan dan dianggap kolot, makanan Barat dijamah dan arak diteguk. Pub dan disko dikunjungi. Lebih ‘power’ jika terlibat dengan najis dadah. Hidup berselubung dengan maksiat. Namun ini adalah realiti dalam dunia hiburan dan dunia sukan.

Para peminat yang rendah akal ternganga dan melopong melihat betapa gah, glamour dan terkenalnya artis dan ahli sukan pujaan.Gambar, cerita dan berita sensasi mengenai kehidupan mereka dipaparkan di televisyen, majalah, blog dan suratkhabar. Hidup mereka digambarkan sebagai moden, kontemporari dan mewah. Maka ramailah terpengaruh untuk mengikut jejak langkah mereka. Bagi remaja dan anak-anak muda, tidak dapat jadi artis dan ahli sukan pun, dapat meniru fesyen mereka pun jadilah. Maka kesan protokol Yahudi yang kesepuluh ini berjaya sampai ke ruang tamu rumah kita tanpa disedari.

Untuk menjelaskan lagi betapa pentingnya hedonisme ini menjadi urat nadi manusia, Yahudi Zionis memberi penekanan sekali lagi sebagaimana yang terkandung dalam Protokol Ke-13 yang antara lain bermaksud seperti berikut:-

‘Untuk menjahanamkan dan meruntuhkan sesebuah bangsa dan negara, bangsa Yahudi mestilah menghapuskan golongan intelek dan cediakawan bukan Yahudi. Golongan ahli perniagaan harus turut dimufliskan dengan melaga-lagakan dan mewujudkan persaingan kotor yang menghancurkan penguasaan mereka. Pesta-pesta pelbagai bentuk, hiburan dan keramaian harus dicipta dan dirayakan. Penganjurannya haruslah diwar-warkan untuk kelihatan berprestij dan meriah. Semua ini penting agar kekayaan negara-negara bukan Yahudi dihabiskan untuk penganjurannya. Orang bukan Yahudi harus dialihkan & dilumpuhkan keupayaan mereka berfikir. Ketajaman fikiran mereka harus dipesongkan dengan asakan hiburan, pertandingan sukan, penganjuran pesta kebudayaan, keasyikan karya-karya kesenian dan pelbagai pertandingan lain. Permusuhan harus disemai hasil dari persaingan kotor dan tidak sihat’.

Lalu, apakah tindakan kita?

Mahasiswa sekalian boleh melihat dan memahami dengan jelas, semua perancangan dan pelan pelaksanaan yang dirangka oleh Yahudi Zionis. Semuanya telah menjadi budaya dan sebahagian dari denyut nadi masyarakat hari ini. Apakah tindakan yang harus dilaksanakan? Patutkah kita menongkah dan menentang arus atau memilih untuk berpeluk tubuh mendiamkan diri. Atau mungkin lebih malang, ikut hanyut bersama gejala-gejala yang sungguh merosakkan ini.

Asas utama untuk bertindak adalah dengan menyedarkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang kita kasihi. Ambillah langkah pertama dengan menjauhkan diri sedikit demi sedikit dari cengkaman budaya hedonisme. Jauhkan diri dari membeli dan mengikuti berita-berita yang bersifat hiburan. Jauhkan diri dari terikut-ikut dengan fesyen terkini dan bermusim sifatnya. Jauhkan diri dari rokok dan perkara-perkara yang seumpamanya. Mungkin timbul persoalan, apakah alternatif selain dari hiburan?

Jawapannya cukup mudah Islam telah lama menyediakan jalan hiburan yang bersesuaian. Malah hiburan yang paling menarik dan berterusan sifatnya adalah penerokaan ilmu. Ia sesuai dengan realiti kehidupan mahasiswa. Jadikan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang ini sebagai satu budaya. Habiskan waktu yang ada dengan mempelajari ilmu, memperkembangkannya dan menyebarkannya sejauh dan semampu yang boleh. Bentukkanlah peribadi, ketrampilan dan gandingkan amal ibadat dengan ilmu. Jadikan diri anda seorang da’i. Berusahalah untuk mencapai tahap ‘murabbi’.

Lakukan ini dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala. Percayalah mahasiswa sekalian. Ia sangat bermanfaat. Di dunia dengan izin Allah Ta’ala, anda akan beroleh penghormatan dari orang lain dan menjadi sumber rujukan. Di alam barzakh ia menjadi bekalan yang tidak putus-putus dan menjadi sandaran untuk anda mengetuk pintu syurga yang kekal dan abadi. Insya Allah.